Wednesday, 19 September 2012

Let by gone be by gone but looking forward..

Assalamualaikum, lama juga aku tak update blog ini. Nasib baik la tak berhabuk. Hehe. Tiba-tiba pulak ada mood nak update blog ni. Hehehe. Maklumla kadang-kadang rindu juga kat blog ini.

Aku baru aje abis Percubaan SPM. Result aku nak kata maintain tak juga, nak kata menurun pun tak juga tapi naik sikit-sikit. Hehe. Dahla sebelum Percubaan SPM boleh pula pergi openhouse sana-sini. Hehe. Aku dah cuba segala-segala cikgu ajar kat aku tapi takde rezeki. Hehe. Aku dah la kadang-kadang tertidur dalam kelas mana taknya(kantoi). Tapi kalau difikirkan balik, salah aku sendiri pun ada. Tapi itulah manusia, kadang-kadang prestasi macam Yoyo. Tapi result sudah keluar, so tak boleh nak tukar apa-apa la. Result aku 3A 3B 3C. Terukkan? Takpe2,teruskan usaha Afham. Hehe. 

Kalau nak cakap pasal CINTA dengan aku, emm, sorryla buat masa ni aku tak layan sangat sebab hati sudah berparut. Apabila cinta dikhianati, sakit rasanya kecuali pada Allah S.W.T.. Huhu. Aku sebagai manusia pun ada perasaan. Sejahat-jahat mana pun orang tersebut, dia mempunyai perasaan.

Aku rasa bersyukur dengan hidup aku sekarang ini sebab mak bapa aku kadang-kadang support aku. Yang paling penting sekali, kawan-kawan aku yang aku cintai. Hehe. Kawan-kawan aku kadang-kadang banyak membantu aku dalam semua hal. Deme juga sering bagi nasihat sampai aku muak mendengarnya tapi ikut juga nasihat kawan-kawan aku ni.

Aku rasa sekarang ini aku rasa better fokus untuk SPM aku yang bakal tiba ni. Aku harap aku dapat menghadapi dugaan-dugaan yang mendatang dan tabah menempuhinya. Aku akan cuba yang terbaik untuk diri aku, keluarga, cikgu dan kawan-kawanku. Hopefully, aku dapat menempuhinya dengan elok.

Sampai di sini je post kali ini. 

p/s: Terus maju, berusaha, yakinkan diri pasti berjaya. Never say never. :D. Gambar kenangan :D
























No comments:

Post a Comment