Wednesday 28 March 2012

I'm sorry...

Assalamualaikum , hari ini aku nak post something.. Ini semua semua dari isi hati aku.. Semalam aku pergi tuisyen.. Aku bawa buku dari bekas sekolah asrama.. Buka2, tup tup, terjumpa satu surat..
Surat tersebut ditulis oleh rakan-rakan aku sebelum aku keluar SMK Tambun.. Tiba-tiba aku rasa bersalah.. Aku berasa bersalah sebab mereka bagi harapan kat aku tapi aku punahkan harapan mereka.. Aku berasa bersalah tahap gaban kat parents aku.. Aku telah kecewakan mereka atas sebab yang sama.. Aku berasa bersalah sampai ke hari ini.. Jujur aku cakap.. Aku selalunya susah hati.. Kadang-kadang dalam kegembiraan aku berasa kesusahan dan keperitan...Aku juga berasa bersalah kerana ada tugas tidak dapat disempurnakan.. Kadang-kadang, aku juga secara tidak sengaja mengguriskan hati sesiapa yang kenal aku :-(
Aku nak minta maaf atas segala kesalahan yang dilakukan.. Aku sekarang ini cuba untuk memperbaiki kelemahan diri yang aku alami sekarang ini.. Aku manusia biasa yang lemah..Kadang-kadang kesalahan yang aku buat tidak sengaja... Hopefully, mereka semua maafkan aku..
Aku rasa sampai di sini saje coretan kali ini.. Wallahualam.. Assalamualaikum..
#gambar2







#Kenangandikenang

No comments:

Post a Comment