Tuesday 15 October 2013

K . A . W . A . N

Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsi tentang KAWAN..

Apa benda itu KAWAN?

KAWAN adalah orang yang selalu berada di sisi kita apabila kita keluar dari rumah. Maksud di sini dunia tanpa ibu bapa. Contoh korang pergi kolej ke, pergi sekolah ke dan pergi mana-mana tempat yang korang keluar dari kawasan jagaan mak bapak korang.

Kawan ni memainkan peranan penting dalam kehidupan. Kadang-kadang boleh menentukan hala tuju masa depan kita. Senang cerita kawan ni memang berpengaruh orangnya. 
Dalam dunia ni, bohong la cakap korang boleh buat korje sorang-sorang, pastu duduk sorang-sorang, main PES sorang-sorang dan buatla apa benda pun sorang-sorang. Kalau buat aktiviti, mesti nak ramai-ramai orang. Baru best dan gempak.
Kadang-kadang, kawan lebih kenal kita berbanding ibu bapa kita sebab kadang-kadang aku kira-kira masa meluangkan dengan kawan lebih banyak berbanding ibu bapa. Kadang-kadang bila dengan kawan korang nak menggila tambah-tambah kalau dapat kawan yang sekepala. Memang gila dibuatnya. Tapi apa yang penting, korang kena pilih kawan korang elok-elok kalau tak musnah masa depan boleh dan sesat jalan.
Bila ada jenis orang yang suka berkawan, banyak jenis kawan kita boleh nampak terutama bila dah keluar dari alam persekolahan. Ada yang suka ber'Twitter' la, ber'Keek' la, ada yang suka lepak malam la, ada yang sembang sampai tak tidur la, ada yang belajar la dan macam-macam lagi. Kalau nak nyatakan sampai mati pun tak siap lagi. Ringkaskan cerita, macam-macam jenis kawan la boleh jumpa. Cerewet dalam memilih kawan ada baiknya juga. 
Dalam adab berkawan, menghormati antara satu sama lain dan bertolak ansur benda paling penting. Kadang-kadang, kita kena jadi orang lain untuk menyelesakan diri dengan orang lain. Jangan nak ikut perangai korang je tanpa memikirkan benda tu boleh membawa keburukan orang lain. Pastu, bila dah banyak kawan perempuan, pandai-pandai la jaga batas-batas pergaulan. Pastu, bila tegur kawan jangan melebih-lebih sampai 'bash' kawan yang buat salah tu. Pastu, jangan la korang tuduh benda bukan-bukan dan bersangka buruk dengan kawan korang tanpa korang siasat sendiri. 
Kadang-kadang, korang dan termasuk aku juga, jangan nak fikir kita nak jenis kawan kita nak je. Kadang-kadang kena menerima seadanya kawan walaupun teruk. Memang boleh memberi kesan buruk tetapi kawan kita itu manusia juga. Bagi la peluang untuk berubah.
Konklusinya, kawan ni memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Kalau tak caya, aktiviti korang buat kebanyakkan bersama kawan. Takkan nak ajak ayah main PES kot, takkan nak ajak ibu main Candy Crush kot. So, kawan adalah teman kita sebaiknya selepas ibu bapa.

p/s: Banyak manusia banyak ragam tetapi manusia ada limit sabarnya. Manusia ini tidak sempurna dan berikan peluang untuk berubah dan memperbetulkan kesilapannya. Pastu hormatilah antara satu sama lain

Reunion of SK Tambun semua menggila 

Model-model tak berbayar (t-,-t)

My friends from Tapah. Kenal kat Kem Kepimpinan kat Pulau Pangkor

Buka puasa dengan guys from 5 Science 1

Model lelaki hensem kat Pulau Pangkor

Pertandingan Futsal antara Badan Kepimpinan

Kumpulan Dikehendaki a.k.a. The Wanted

Semua geng-geng jumpa kat kem disatukan dalam Briged KRS kecuali yang baju Merun  tu pegawai

Last Moment at Kledang Emas hostel

Bila boring dekat Mayban Trust, cenggini jadinya

Gua paling muda time ini

Berkumpulnya anak murid Ustazah Yasnida 

Rombongan ke KL

Rombongan Jom Masuk U. Sila abaikan mamat yang pegang muka orang tu

My Classmate

Last year at Aisyah's open house

Lelaki-lelaki hensem dengan uniform

Habis main bola posing-posing jap

Senamrobikton 1 Malaysia. Aku jadi usher 

Jamuan Hari Raya kat SMK Tambun

Majlis Buka Puasa 5 Science 1


Hangout with Isyan and Fatin Ainaa

Awesome Batch yang join Shore Clean Up kat Teluk Batik

With Novi Astika, Ain Omanah and Amirul Hafiq

With Nyrah and Yaya

With Zakwan. Wearing jersey that lose in first match at UEFA but we win futsal against Awesome Batch

Menggila dengan Team Keekers

Dalam lif pun tangkap gambar. Menggila haha

Yang muka depan sekali ni, memang muka tangkap gambar

Futsal with Awesome Batch

Friday 21 June 2013

Selamat Datang ke Dunia Baru.. UniKL RCMP

Assalamualaikum.. Hari ini nak kongsi-kongsi la cerita dengan kome-kome semua.. 9 Jun 2013, tarikh aku mendaftar ke Universiti Kuala Lumpur Royal College Medical Perak. Aku mengambil Diploma dalam bidang  Farmasi. Keputusan ini aku buat dengan teliti supaya aku tidak tersalah lagi dalam membuat pilihan. Aku ni jenis malas nak bercerita. So, gambar la akan menceritakan segalanya
Hari Mendaftar Masuk RCMP

Pagi yang indah di Kledang Emas

On the way ke Pangkor

Menggila jap

My group

Geng-geng hensem bagai

Sesi perkenalan dengan fakuliti Farmasi


Senior yang akan melanjut kan pelajaran

Dengan Abang Ihsan

Dengan Kak Ucu dan Kak Put

Dengan Kak Fafa

Dengan Kak Ika

Dengan Kak Put

My classmate

Last day at hostel
Classmate lelaki

Study bagai
Dengan Natasha aka Budak Shah Alam

Dengan Amalina
Hopefully, kome-kome semua enjoy.. This is my latest update of my blog