Wednesday 28 March 2012

I'm sorry...

Assalamualaikum , hari ini aku nak post something.. Ini semua semua dari isi hati aku.. Semalam aku pergi tuisyen.. Aku bawa buku dari bekas sekolah asrama.. Buka2, tup tup, terjumpa satu surat..
Surat tersebut ditulis oleh rakan-rakan aku sebelum aku keluar SMK Tambun.. Tiba-tiba aku rasa bersalah.. Aku berasa bersalah sebab mereka bagi harapan kat aku tapi aku punahkan harapan mereka.. Aku berasa bersalah tahap gaban kat parents aku.. Aku telah kecewakan mereka atas sebab yang sama.. Aku berasa bersalah sampai ke hari ini.. Jujur aku cakap.. Aku selalunya susah hati.. Kadang-kadang dalam kegembiraan aku berasa kesusahan dan keperitan...Aku juga berasa bersalah kerana ada tugas tidak dapat disempurnakan.. Kadang-kadang, aku juga secara tidak sengaja mengguriskan hati sesiapa yang kenal aku :-(
Aku nak minta maaf atas segala kesalahan yang dilakukan.. Aku sekarang ini cuba untuk memperbaiki kelemahan diri yang aku alami sekarang ini.. Aku manusia biasa yang lemah..Kadang-kadang kesalahan yang aku buat tidak sengaja... Hopefully, mereka semua maafkan aku..
Aku rasa sampai di sini saje coretan kali ini.. Wallahualam.. Assalamualaikum..
#gambar2







#Kenangandikenang

Tuesday 20 March 2012

Jom Masuk U


Assalamualaikum.. Da lama ana tidak update blog ini.. Maklumla ana sibuk.. Tambah-tambah ana tahun ini Form 5.. So sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti.. Hari ana nak berkongsi cerita dengan korang semua.. Pada hari Sabtu yang lepas, ana dan kawan-kawan pergi ke Arena Kuala Kangsar.. Pergi pun sebab ada program Jom Masuk U..

Ana pergi pun atas kerelaan diri.. Maklumla dah Form 5 nie, kenalah ada target nak masuk ataupun hala tuju anda untuk pergi ke mana selepas SPM.. Banyak universiti-universiti yang mengambil bahagian dalam program ini.. Semua universiti yang mengambil bahagian, semuanya universiti-universiti yang terkenal.. Macam-macam bidang ataupun course ditawarkan oleh pihak universiti yang bersesuaian dengan kita semua.. Maklumla manusia ni kan banyak ragam.. Semua tak kena katakan.. Bila sikit bidang, orang merungut kata ada bidang tidak bersesuaian la.. Tapi kalau banyak bidang, orang akan kata tidak tahu nak pilih yang mana..
Ana dan kawan ana membuat research tentang universiti yang ada di Malaysia.. Round-round pun ambil masa.. Tu pun terpaksa meredah orang yang ramai.. Pada masa yang sama terserempak, dengan member tuisyen Bahasa Inggeris dulu.. Hahaha.. Memang sembang sekejap saja la.. Benda Ana yang tidak lupakan, ana tawaf satu tempat program itu dijalankan untuk mencari Masterskills tapi ana tidak jumpa.. Pastu kaunselor bagitau yang Masterskills tu universiti bukan bawah kerajaan.. Haha.. Tapi ana jealous ngan kawan ana.. Semasa cabutan bertuah, nombor ana hampir nak sama dengan nombor yang disebut oleh pengacara majlis tetapi nombor kawan ana pula yang kena.. Huhu.. Takde rezeki namenya..
Rasa-rasa sampai di sini saje coretan ana pada kali ini.. Ana update pun sebab ade idea.. Kalau tidak ada idea, hmm berhabuk la blog ini jawabnya.. Sebelum menghabiskan coretan ini, ana mahu menasihati sikit.. Sebelum memilih bidang yang korang minati, bertanyalah kepada orang yang lebih arif dalam bidang yang korang minat dan make sure pilihan korang buat adalah keputusan yang tepat dilakukan dan pemilihan tersebut merupakan minat korang masing-masing dan tidak dipengaruhi dengan anasir-anasir lain.. Buat pilihan tepat untuk masa depan korang.. Wallahualam.. Moh teman sajikan gambar-gambar teman ke Kuale Kangsor...^^



Apam Balik Kuale

Posing jap...

Subhanallah, Cutenye..

Time makan pun nak pose? =="










Matrikulasi


Bidang Ana minat jika dapat UiTM


Minat Ana juga




Buah tangan dari UPSI

Petronas Foundation

KLMU








PLKN.. Like-like walaupun patah bahu.. Tahun ini semua wajib pergi PLKN









Posing oh posing.. Hahaha

Bidang aku paling minat tahap gaban.. Tapi tak tau pilih yg mana.. huhu




#Pharmacist/Paramedictobe..^^