Monday, 23 January 2012

Try, try and TRY

Dalam hidup kita mesti mencuba..
Walaupun susah, payah dan tidak mampu..
Kita seharusnya mencuba..
Kita seharusnya tidak mudah berputus asa...

Assalamualaikum, hari post aku nak tulis pasal TRY.. Bukan try dalam permainan ragbi tetapi realiti hidup.. Sebagai seorang manusia, kita patut mencuba sama ada boleh buat atau tidak boleh.. Cikgu Chemistry aku selalu cakap macam ni "Jangan cakap tak tahu..Cuba jawab.. Salah takpe tapi belajar".. Aku selalu dengar dan kadang-kadang benda macam itu mengajar kita.. Cikgu Add Math aku lak kata, "Kamu dah berusaha tapi kalau tak dapat hasil, bukan rezeki kamu lagi".
Kadang-kadang, orang selalu mengalah jika tidak berjaya melakukan sesuatu.. Aku pun nyaris-nyaris jadi begitu.. Ada setengah tu, dah cuba berkali-kali tetapi tidak membuahkan hasil dan putus asa.. Tambah kalau orang putus cinta, break je macam takde harapan hidup.. Bagi pendapat aku, kategori orang macam aku kata tadi memang merugikan hidup masing-masing.. Allah paling suka orang beristiqamah dalam hidup..
Dalam hidup, penuh dengan dugaan, rintangan, halangan dan sama erti dengannya.. Susah nak istiqamah dalam pekerjaan dan perkara yang menyusahkan kita semua.. Tambah-tambah nak berubah, lagi la.. Adess.. Payahnya jangan dicakap.. Tetapi, sebagai seorang manusia kita seharusnya mencuba bak kata pepatah Adidas, "Impossible is NOTHING".. Dalam hidup ini, boleh jadi pelbagai perkara samada benar ataupun luar biasa..
Hopefully, dalam hidup kita, mesti mencuba dan berusaha walaupun tidak boleh.. Manusia boleh jadi yang terbaik tetapi tidak sempurna..
Sampai di sini la coretanku.. Hopefully, aku menjadi seorang yang kuat dan tidak mudah putus asa.. Yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan.. Hopefully, aku cuba untuk berubah walaupun payah sebab perubahan benda paling sukar untuk dibuat.. Cikgu Pengawas Sesi Petang pernah cakap, "Perubahan adalah benda paling sukar hendak dibuat".. Hopefully, aku akan cuba dan segala post aku hopefully memberi faedah kepada semua.. Wallahualam.. Salam Ukhwah

#TRYTRYTRYTryTRY

1 comment: