Friday, 20 January 2012

Prove It..

Assalam.. Lama gila aku tak update blog yang "comel" ni..=_=".. Maklumla ilham ni datang kadang-kadang je.. Kadang-kadang ilham sudah datang, pergi menghilang.. Tahun ni, tahun 2012.. Tahun ni, aku ambil SPM.. Kecuakan tu dah sah-sah ade.. Dah la banyak subject kantoi.. Hmm, aku cuba untuk cover..
Hari aku nak bercerita sikit benda yang berlaku baru-baru ini.. Bukan benda teruk pun.. Cuma Mesyuarat Agung je pun.. Hehehe.. Baru-baru ni, aku dilantik jadi Pengerusi.. Bukan aku menunjuk-nunjuk tapi nak cakap sikit.. Apabila pegang jawatan tinggi-tinggi, mesti perkataan akan keluar 'form' dan berlagak.. Bagi aku, benda tu kadang-kadang boleh pressure aku dan kadang-kadang wat aku tercabar pun ada.. Aku terima seadanya kalau mereka nak cakap apa.. Mereka tu ada pendirian dan hak untuk bersuara masing-masing.. Jadi aku tak kisah kalau mereka nak kata apa pun..
Tapi dalam Al-Quran telah tercatat bahawa setiap manusia yang diciptakan di Bumi adalah Khalifah.. Khalifah bermaksud ketua.. Jadi aku pegang jawatan pun sebab ingin menjalankan amanah.. Setengah orang ingat aku pegang jawtan untuk berlagak tapi aku nak jalankan amanah aku.. Bagi aku, sebagai pelajar biasa pun ada amanahnya.. Belajar sehingga mencapai kejayaan.. Itulah amanah paling penting dalam hidup semua manusia di dunia ini.. Ketika mencapai kejayaan di dunia, Akhirat jangan dilupakan.. Itulah tempat kekal abadi.. Belajar hingga ke menara gading menjadi harapan kepada semua ibu bapa..
Amanah juga benda paling susah nak buat.. Silap sikit, habis spoil semua.. Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya.."Apakah benda paling berat di dunia?".. Anak muridnya menjawab,"gajah,batu,gunung".. Imam Al-Ghazali menjawab,"Betul apa yang kamu cakap tetapi benda paling berat adalah AMANAH".. Jadi amanah ni benda paling susah nak buat..
Aku akan cuba sedaya upaya untuk menjalani amanah aku.. Aku akan cuba buat yang terbaik.. Maklumla aku tak dapat memuaskan hati semua orang sebab aku manusia.. Manusia tidak pernah PERFECT walaupun dia cuba untuk menjadinya.. Aku bersyukur sebab ada cikgu dan kawan sanggup menolong aku menempuhi segala cabaran & dugaan.. Aku bersyukur juga parent aku juga support aku.. Aku akan buktikannya
Tahun ni 2012, aku kena struggle for SPM.. Aku akan cuba manage time.. Management time tu penting.. Takde management time, haru-biru hidup.. So kena kurang-kurangkan lah wat benda yang sia-sia tu.. Guna masa sebaik mungkin.. Sebab masa itu emas.. Semalam adalah sejarah, esok adalah misteri, hari ini adalah masa kini.. Aku nak tunjukkan aku nie boleh buat yang terbaik walaupun aku ni teruk..
Sampai di sini saje.. Hopefully, post kali ini boleh diaplikasikan dalam hidup seharian.. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. Jadilah orang yang berkebolehan.... Wassalamualaikum

#proveityoucando

1 comment:

  1. Hmmm, betul la tu,
    Bila kite dpt jwatan yg lebih tinggi, orang akan cakap yg kite nie tamak lah ape lah ...
    Tapi bukan kite yg mintak kan, orang yg lantik ~
    Macam aq lah,sdih mmg sdih org ckp mcm tu, tapi as you said AMANAH kan..bukan senang nk laksanakan

    ReplyDelete