Friday 2 December 2011

Terus Terang..^^

Assalamualaikum... Hari ini kita kongsi satu topik.. Terus-terang.. In English, be frank.. Sebelum aku nak bercerita lebih, aku nak cakap terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan aku sebab join main futsal semalam.. Memang Awesome la.. Hahaha.. ^^
Semua manusia dicipta pasti ada kelemahan tetapi boleh diperbaiki.. Tetapi kena ada daya usaha yang tinggi dan semangat inkuiri yang tinggi.. Tp satu sifat yang WAJIB ada adalah TERUS-TERANG.. Sikap tersebut banyak faedahnya.. Tak percaya? Try la..
Sifat ini kepada sesiapa ada, memang tidak rugi dan tidak untung.. Berterus-terang biarlah bertempat.. Ada time, benda tersebut makan diri.. Tapi takpelah.. Mari bercakap psal faedah Berterus-Terang nie..
Pertama sekali, berterus-terang pada seseorang yang kita cintai.. Hehe.. Agak kejiwangan di situ.. Aku bukan nak ajar kome bercinta.. Ini cuma pendapat aku(aku tau ramai x setuju).. Kalau kita suka pada seseorang itu, eloklah jangan memendam-mendam.. Nanti semua kerja buat asyik ingat je kat dia.. Hehe.. Macam ada pengalaman je aku cakap..
Yang kedua pula, berterus-terang kalau ada yang tidak puas hati.. Yang ini memang banyak berlaku.. Bukan kat aku je tetapi orang lain juga.. Kalau kat kem, kalau fasilitator tidak puas hati, malam terakhir kem mesti ada ragging-ragging.. Yang tu dinamakan Hell Night.. Yang ini, memang selalu aku kena la.. Tapi kalau bab len, baik cakap kepada orang yang kita tidak puas hati tu.. N cakap la dengan baik-baik, nanti lain cerita jadinya.. Tapi boleh bawa effect teruk kalau pendam perasaan ketidakpuasan hati dengan seseorang ini.. Boleh membunuh.. Astagfirullahalazim.. Beristighfar banyak-banyak.. Berdoalah kepada Allah jika hati rasa marah je..
Yang terakhir ini, sangat penting ni.. Berterus-terang jika tidak tahu membuat sesuatu benda ataupun pekerjaan.. Dalam lingkungan umur aku ni, dah sah-sah la dalam pelajaran dan mengorganisasikan persatuan ataupun kelab yang ada di sekolah.. Kalau tengah belajar, jangan la jadi bodoh sombong.. Kalau tak tau, bertanya la... Ini cikgu mengajar, mungkin kita semua nie faham konsep tapi bila soalan tu pusing sikit dan tak dapat buat, selepas tu kata faham.. Tu memang merugikan diri sendiri jawapannya tu.. Memakan diri.. Bukan guna duit pun.. Takde sape rugi ataupun untung la.. Tp kalau betul-betul nak belajar, Insyaallah, kita dapat untungnya... Kadang-kadang, kita sendiri perlukan insentif sendiri.. Kadang-kadang better tanya yang lagi tua, kalau tak tau nak wat sesuatu pekerjaan.. Maksudnya, tanya la yang lebih arif dalam sesuatu bidang jika tak tahu..
Wah, sudah habis da, aku taip.. Maknanye sudah habis la, aku bercerita.. Yang dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. K, Waalaikumussalam dan Salam Ukhwah


p/s: Takde kerja, idea mendatang dan update la blog.. Hehehe.. Lame x mecej die..^^

No comments:

Post a Comment